Musim udang dan Hasil laut
Proses mengasingkan udang |
Sebelum bercerita berkaitan sekolah, satu lagi musim yang menjanjikan nikmat sebagaimana di atas (musim menuai) adalah musin ikan, udang atau obor obor yang lebih dikenali sebagai 'dakah’dalam bahasa melanau. Pada musim ini sebagaimana anda dapat saksikan dalam gambar di atas, aku mengambil peluang untuk mengambil upah mengasingkan udang yang tetunya bercampur dengan sampah atau bendasing yang lain ketika diangkat dari dasar laut. RM 1 untuk satu tin besar (tin Gula atau crakers) bukanlah sesuatu kerja yang mudah, tambahan lagi terdapat banyak bedasing atau udang berduri yang nilai ekonominya kurang atau dikenali sebagai 'Dedurik' dalam bahasa melanau.
Mengupas Udang |
Selain mengasingkan udang aku juga boleh mengambil upah mengupas atau membuang kulit udang tersebut untuk dibuat udang kering yang memberikan nilai tambah kepada harga udang kepada nelayan. Dengan upah RM 0.10 untuk satu tin susu (cap junjung / cap teko), kerja ini juga bukannya sesuatu yang mudah, terutamanya apabila terpaksa bersaing dengan warga tuan yang memang telah biasa dengan kerja mengupas kulit udang dan mereka jauh lebih laju berbanding saya. hehehe... asalkan dapat dah la. Tak kira lah sepuluh sen atau dua puluh sen..
Walaupun ada musim ikan seperti musaim ikan bawal, ikan belanak dan sebagainya. Tidak banyak yang aku boleh lakukan memandangkan nelayan menjual terus hasil mereka kepada pemborong. Namun berkat ada saudara yang menjadi nelayan, keluarag aku turut boleh merasa nikmat ikan segar sekali sekala pada musim ini tanpa perlu membayar mahal dan ada kalanya boleh mendapatkannya dengan percuma. Alhamdulillah... kalau mengharapkan untuk membeli... agak sukar bagi keluraga saya pada masa itu...
Musim obor obor antara musim yang dinanti nanti selain musim menuai padi sepuri seperti yang telah diceritakan sebelum ini. Pada musim ini aku berpeluang untuk ‘mengikis bubur’ istilah melanau bagi tindakan membuang lapisan merah pada badan obor obor merah untuk di proses dengan tawas dan garam. Obor obor saiz AAA (paling besar) bolehlah mendapat upah RM 0.50 satu obor obor, manakala saiz lain adalah sepuluh obor obor bersamaan dengan RM 0.10 yang pastinya memerlukan 10 obor obor untuk mendapat RM 1.00. Berperang dengan kegatalan obor obor, kerja tetap dilakukan demi mendapatkan wang saku. Kemahiran dan kepantasan sangat memainkan peranan dalam semua proses ini kerana kita terpaksa bersaing dengan orang lain.
Mungkin anda tidak tahu bahawa bahagian bawah obor obor merah atau dikenali sebagai 'tangan' obor obor mempunyai rasa yang sangat sedap setelah melaui proses pengawetan dengan garam. Harganya juga bukanlah murah iaitu sekitar RM 8 sekilo yang tentunya mahal untuk satu benda basah. Setelah di basuh dengan air panas jumlah sekilo menjadi sangat sedikit kerana tangan obor obor ini akan mengecut. Tak tahu kan ... hehehe
Sebagaimana sebelumnya, musim ikan dan udang ini juga menimbulkan pelbagai kerenah kepada kami yang masih berada di sekolah rendah. Sekiranya hasil nelayan adalah banyak dan memerlukan tenaga kerja yang lebih, makan, ramailah pelajar sekolah rendah yang tidak menghabiskan persekolahan pada hari tersebut untuk membantu keluarga. Guru sekolah serba salah apabila berhadapan dengan warga kampung pada masa itu kerana kalau tidak dibenarkan balik, nanti hasil yang diperolehi akan busuk dan kehidupan keluarga semakin susah. Pastinay serba salah kan...
Itulah kahikatnya kehidupan di kampung aku pada masa kecil...
No comments:
Post a Comment