Monday, July 1, 2013

RUMAH PERTAMA : Rumah Ku KECIL Tapi Penuh MAKNA

1. Alhamdulillah... Itulah yang mampu saya luahkan setelah segala urusan pembelian rumah pertamaku selesai. Walaupun pada hakikatnya rumah tersebut masih dicagar kepada kerajaan dek kerana pembeliannya menggunakan pinjaman Kerajaan tetapi ianya sungguh bermakna pada diriku.

2. Setelah penyerahan rumah dilakukan, maka saya telah membuat banyak renovation bersandarkan keperluan dan kehendak. Sedikit pesanan kepada mereka yang juga baru memiliki rumah baharu. Berpada padalah dalam mengubahsuai rumah kerana ada diantaranya dibuat atas dasar kekendah dan bukannya keperluan. Duit anda akan lebih banyak mengalir bila proses perpindahan masuk berlaku, jadi, seandinya budget anda tidaklah seteguh gunung sebagaimana saya, maka persediaan ini perlu dipertimbangkan. Apa pun alhamdulillah.. semuanya telah selesai..

3. Perasaan ini semakin membuak dan gembira apabila melihat bill elektri dan bill air yang sampai tertera nama anda. Perasaan gembira ini tidaklah dapat saya gambarkan kerana ia bercampur baur. Tetapi percayalah ianya satu perasaan yang sangat mengujakan dan menyeronokkan.
4. Akibat hutang lama yang belum selesai, saya telah memilih untuk tidak terlalu menekan diri dengan memilih rumah yang sedikit kecil berbanding kemampuan agar tidak terlalu terbeban kemudian hari. Bak kata pepatah, 'Ukur baju di badan sendiri'. Pun begitu, saya tetap mengidamkan satu kediaman yang luas dan jauh lebih selesa dan semuanya kini telah ada dalam perancangan jangka sederhana. Mudah mudahan ianya tercapai lebih awal..

5. Sebenarnya pernah timbul perasaan tidak percaya bahawa saya telah memiliki rumah saya sendiri. Kesilapan dalam menguruskan kewangan yang lalu memberikan saya tekanan tinggi dalam kehidupan sehinggakan membeli rumah tidak pernah menjadi keutamaan dek kerana tidak mahu menambah beban. 

6. Kesimpulannya, walaupun rumah ku hanya sebuah rumah yang kecil. Tapi aku terimanya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Terima Kasih Allah...

7. Setakat tu je lah dulu ye... cerita panjang panjang pun bukannya banglow mewah kan hehehe... 

Oleh : Pemikir www.suarapemikir.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...