1. Sebagai artikel pertama di blog ini elok rasanya andai MHS memperkenalkan diri. Mohammad Hailmi Sajili @ MHS berasal dari Negeri Sarawak. Dari kawasan yang dipanggi sebagai Pulau Bruit. Satu kawasan yang terpencil di Sarawak. Sebuah pulau yang terletak di muara sungai Rejang yang merupakan tempat yang serba kekurangan tetapi tidak pernah mengurangkan kasih sayang kedua ibu bapa, saudara mara malah masyarakat sekeliling terhadap diri MHS.
2. Secara spesifiknya MHS berasal dari sebuah perkampungan kecil yang diberi nama Kampung Penipah, Pulau Bruit, daro, Sarawak.
3. MHS merupakan anak ke-dua dalam keluarga yang mempunyai 8 orang adik beradik hasil perkongsian hidup Sajili Bin Jamli bersama Lehon Binti Dillah. Al-Fatihah... untuk arwak Kakak.. Siti Rohani Bt Sajili yang telah kembali keramatullah...
4. Bersekolah rendah di S.K Penipah, Daro dan kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah di Pekan Daro, Sarawak. Tidak perlulah saya ceritakan selanjutnya dengan terperinci perjalanan di sekolah menengah atau pengajian tinggi kerana MHS akan ceritakan dalam artikel seterusnya.
5. Lahir pada 1978, membesar sebagai seorang kanak kanak yang lebih banyak bermain daripada belajar sebagaimana rakan rakan di sekelilingnya pada masa itu. Jauh sekali untuk mengenali dunia luar dek kerana terpencil dan 'jauh' dari dunia luar.
6. Cukuplah dahulu sebagai pengenalan... Tunggu kisah seterusnya dari MHS.
No comments:
Post a Comment